Thursday 25 August 2011

TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN : CIRI, PENGGUNAAN, APLIKASI DAN MULTIMEDIA INTERAKTIF




Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).
Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan computer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan
konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya
Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan
teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang
dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi
dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC).
Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kea rah negara maju dan makmur (MDC, 2000).
Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan
negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan
pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:

i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang
boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran
dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai
sesuatu subjek tersendiri.
iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sesuatu sistem pengurusan.

Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.

Cara buat Blog


Buat akaun di Blogger.com. Klik butang "create you blog now". perlu di ingat sebaiknya mestilah mempunyai akaun di google contohnya Gmail.com barulah boleh signup untuk blogger.com. Selepas itu isikan butiran seperti email address, enter password dan yang lainnya. selepas itu klik Continue

 
Klik Image
  • selepas itu akan keluar Name Your Blog dan masukkan tajuk blog anda. di bahagian Blog Address, masukkan url blog anda sebagai contoh Bestmalaysianrecipe. selepas itu taip semula image yang diberikan.


  • klik START POSTING
  • Selesai membuat akaun di blogspot.com, anda telah berjaya membina sebuah blog. pada bahagian template, pilih mana-mana template yang anda sukai. lihat di bawah. namun template yang disediakan adalah terhad. namun masalah ini boleh diselesaikan dengan mengikuti toturial ini hingga akhir.

  • kemudian klik continue dan akan keluar bahagian posting. laman ini anda boleh membuat atau menulis artikel anda contohnya artikel berkaitan dengan malaysian recipe.

  • selesai menulis artikel klik "Publish" kemudian klik "view blog" untuk melihat hasilnya.
  • Mari kita kemaskini bahagian setting blog pula. Klik "Setting" kemudian bahagian "Basic"
  • masukkan tajuk dan huraian (description) blog anda seperti di bawah. untuk pengatahuan anda, tajuk adalah salah satu peranan penting dalam engine carian. bahagian yang lain biarkan semuanya bertanda "YES" dan klik save
  • Cara edit Page element seperti di bawah. untuk edit post anda klik edit pada bahagian blog post. manakala untuk menambah bahagian slidebar klik pada add a page element. bahagian bawah sekali adalah bahagian footer. selesai membuat sebarang perubahan pada bahagian ini seharusnya klik bahagian save.